Bila cinta berbisik..

Bila cinta berbisik..

suaranya memuji Tuhan, pabila rindu mengusik...

Rasulnya jadi pilihan. ..

jika aku terlalu gembira, ingatkanlah aku dgn amaran-amaran Pencipta

dan jika aku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dgn kehebatan syurga...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

YA ALLAH,

andainya rezekiku ada di langit turunkanlah,

dan andainya ia berada di bumi keluarkanlah,

andainya ia berada didalam laut naikkanlah,

dan andainya ia jauh maka perdekatkan akan dia

dan kalau sedia dekat,

permudahkanlah, dan sekiranya sedikit, perbanyakkanlah,

dan kalau sediabanyak, maka permudahkanlah untuk mendapatkannya,

juga berilahkeberkatan kepadanya, dan berilah rezeki akan daku seperti yang ku jangka dan tidak ku jangka,

rezeki yang halal, yang baik, limpah mewah lagi diberkati padanya sehinggakan tidak ada seseorang daripada kalangan hamba MU ku perlukan daripadanya,

dan jadikanlah kedua tangan ku berada di atas dengan pemberian,

dan jangan jadikan kedua tangan ku berada di bawah dengan meminta-minta,

sesungguhnya ENGKAU Amat Berkuasa ke atas setiap sesuatu.

AMIN!

No comments: