Kalau sampai di Ipoh

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur-Kangar. Ibu itu berpesan pd pemandu bas"encik,, tolong tengok kan anak saya ya. Nnt kalau sudah smpai di Ipoh..cakap pada anak saya."Sepanjang perjalanan si anak ini cerewet sekali. Setiap minit dia akan bertanya pada penumpang di sebelahnya..." Sudah sampai Ipoh belom?"Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang di sebelahnya menjawab..."Tido je la... Belom sampai lagi ni...Nnt kalau dah sampai, saya kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam... dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untu kesekian kalinya, " Pakcik, sudah smpai Ipoh ke belom?"Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata... "Belom! Tidur aja la! Nnt kalau dah sampai kat Ipoh , pasti dikejutkan..! Kali ini si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali.Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi... semua org di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh ...tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar... si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu dia betanya pada para penumpang... "Encik-encik dan puan-puan sekalian... bagaimana ni... perlukah kita hantar semula anak ini? Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh .... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh ....S esampai di Ipoh si anak dibangunkan. Si anak bangun dan berkata..." Oh, sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya...Seluruh penumpang kehairanan.... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh ?" tanya pemandu kebingungan." tidaklah... mama saya pesan... kalau sudah sampai di Ipoh ... saya boleh makan nasi bungkus ni!"

No comments: