Untuk isteri / awek/ kekasih tersayang*,
Di mana saja berada
Ayang/Anja/Honey/Darling/Dinda /Intan payung/gunung berapi etc*
1. Seperti yang sedia maklum , abang setiap bulan terpaksa
menghadapi perangai ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan
setiap bulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati ayang tanpa gagal
ketika kedatangan period ayang tanpa soal. Abang jaga ayang bagaikan
menatang minyak yang penuh. Amat besarnya pengorbanan yang abang
lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak
sejak lama? Kini relakah ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil
terhadap abang?
2. Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang
abang akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini
dari 9hb Jun 2006 hingga 9 Julai 2006. Kesan period ini mungkin akan
berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan
menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal
pagi Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut,
preskripsi dan cadangan di bawah ini telah disarankan :-
3. Dalam tempoh tersebut ayang dikehendaki sentiasa membaca
berita sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2006
di Jerman. Jika ayang gagal melakukan perkara ini, ayang mungkin rasa
terabai jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada
masa tersebut. Oleh itu ayang janganlah komplen jika rasa diri
diabaikan
dalam masa period ini.
4. Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa
ayang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran ayang
dari bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6
pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih chanel
yang digemari. Ayang dilarang sama sekali mengerling ke arah remote
control pada masa tersebut.
5. Jika ayang terpaksa melintasi di hadapan tv di waktu
tersebut, ayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial
break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi
abang. Jika ayang bercadang untuk tidak berpakaian di hadapan tv pada
waktu
tersebut, pastikan ayang memakai pakaian semula selepas itu kerana
abang
takut ayang akan demam kerana kesejukan. Abang takut abang tidak
mempunyai masa untuk membawa ayang ke klinik dan juga melayan ayang
selepas itu.
6. Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta,
pekak dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan ayang
untuk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang
akan
bertambah kepada ayang jika ayang sentiasa memastikan makanan ringan
sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan berlangsung.
7. Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati
perlawanan bersama abang tetapi ayang hanya boleh bercakap semasa half
time atau commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang
pada masa ini terutama jika pasukan yang abang sokong sedang
ketinggalan
atau berada diambang kekalahan.
8. Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat
penting. Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang
tak perlu merungut mengata bahawa gol tu dah tengok kenapa nak tengok
lagi?
9. Ayang perlu memberitau saudara mara atau rakan karib bahwa
jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas
yang memerlukan kehadiran abang tidak dapat dipenuhi kerana abang tak
nak pergi.
10. Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk
menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka ayang perlu bersiap
sedia dengan kadar segera
11. Selepas period abang ini abih..ayang dilarang merungut :
nasib baik world cup 4 tahun sekali jer.. kerana abang telah immune
dengan
rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English
League, Italian League, UEFA League, Piala Malaysia dan lain-lain.
12. Atas kerjasama dan timbang rasa ayang ini, jika pasukan
yang abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong
menang kasut atau bola emas..pandai-pandai la ayang bodek abang untuk
dapatkan hadiah. Jika sebaliknya hendaklah ayang turut berduka.
13. Akhir kata. Majulah sukan untuk negara!.
Abang yang sentiasa menyayangimu walaupun period ayang datang setiap
bulan.
Suami / bf / kekasih yang tersayang *
* potong mana yang tidak berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment