MAK LIMAH

Nun di kejauhan sana..sayuuuupp terdengar laungan anjing. Ditengah malam yg sunyi. Hujanpun baru sahaja berhenti. Di kaki bukit itu tinggal Mak Limah tua bersama anak lelakinya yg cacat. Suaminya telah lama meninggal dunia..

Malam itu entah mengapa mata Mak Limah tak mahu pejam. Puas dicuba tapi tak mahu lelap. Tiba2 Mak Limah terdengar bunyi seperti orang berjalan di luar rumah. Tak lama lepas itu terdengar pula seperti dinding rumah dicakar. Ketakutan menyelubungi hati tua itu. Ditambah lagi dengan lolongan anjing yg masih terdengar. Teringat Mak Limah cerita yg didengar siang tadi. Kisah seorang anak muda yg mati bunuh diri dan ditanam di kuburan yg tak jauh dari rumah Mak Limah. Mengenang itu hati tua itu bertambah kecut. Hendak digerak anak lelakinya suruh memeriksa, rasa tak sampai hati. Maklumlah anaknya cacat. Mak Limah menarik selimut mencuba tidur tapi tak boleh kerana terasa hendak buang air pula. Apalah nasib Mak Limah malam ni. Setelah lama menunggu dan tidak kedengaran lagi bunyi diluar rumah, terpaksa juga dia menggagahi untuk ke bilik air. Kriuuuuuuuutttttttt bunyi pintu usang dibuka. Berderau darah tua Mak Limah bila seekor kucing hitam melompat dan landing betul-betul di depannya. Nasib baik tak terkencing..ditinjau anak lelakinya yang tidur di tepi tiang..tidur..tidak bergerak. Perlahan-lahan mak limah berjalan ke bilik air. Tiba-tiba bahunya dipegang orang dari belakang..aarrggnak ke mana tu ibu la.. anak lelaki mak limah rupanya..dasar anak mereng
Ler..terkejut aku..apa hal pegang2 bahu org ni...pang sebiji penampo hingga dipipi anak mak limah yang mereng tahap giler kinzir tu...beribu ribu lemon keluar dari celah2 mata budak mereng tu...cewah cewah aku nak tersambung la plak cete ko ni laila..akun rasa la laila sinopsis dia ni tak abis lagi...cete ko tergantung2..ko tidak mengunakan pentas seadanya...picing ko lari...huahuahua..

pitching tu hapa kemendanya hanim oiiii..aku ni bukannya tau sgt..oooo..dia sama spesis dgn cacing ye..tok pada cacing kerawit kot? yg ko tu memandai je nak komen citer aku ni nape..pueh aku perah otak nak wat citer ni tau..ha kalo ko pandai..ko la pulak wat citer..biar aku plak komen.. eh, yg ko pegi bagi penampo kat anak mak limah tu nape?? meh sini aku nak bagi penampo sebikij kat ko..pang!! ha sedap tak..

walaupun dia tu suku kan hanim..tapi aku tetap respek dia tau sbb dia tolong jaga mak dia..ada la juga teman org tua tu.. kan hanim kan, kan..sob..sob..ko jgn le marah aku hanim..ko cuti lama kemarin pegi mana? windu le kat ko..

No comments: